Surat khabar adalah medium penyampai maklumat yang paling akrab dengan kita semua. Hal ini demikian kerana, sememangnya mudah untuk kita mendapatkan surat khabar di mana-mana sahaja. Selain itu, memang surat khabar sangat penting kepada kita semua. Memiliki maklumat akan menyebabkan kita lebih berilmu serta mampu mengatasi masalah yang boleh berlaku dalam kehidupan kita seharian.
Dalam kebaikan surat khabar, terselit juga sifat buruk yang sering dipaparkan di dada surat khabar. Hal ini ialah mengenai bertapa kedekutnya orang surat khabar terhadap ruang yang digunakan. Bagi orang surat khabar, setiap ruang yang ada adalah sangat beharga dan perlu disumbat dengan maklumat semampat-mampatnya. Berikutan hal ini, maka terjadinya penyingkatan ayat atau frasa di dalam surat khabar.
Orang surat khabar sepertinya diberikan hak untuk memotong mana-mana perkataan yang difikirkan tidak perlu. Sebagai contoh, kata sendi atau kata hubung dan tidak lupa juga imbuhan. Mari kita lihat contoh yang saya peroleh dari salah sebuah surat khabar tempatan.
Polis tumpas pencuri kereta cuba tembak. Jika kita membaca tajuk ini secara kasar, maka kita pasti akan keliru atau tidak faham maksud yang hendak disampaikan. Boleh jadi maklumat yang hendak disampaikan ialah polis tumpas, kerana pencuri kereta cuba menembak polis tersebut. Namun, bukan itu maksud sebenar tajuk ini. Sebaliknya, pencuri keretalah yang tumpas walaupun cuba untuk menembak polis yang terlibat.
Kita boleh lihat dengan jelas kekeliruan yang timbul akibat daripada penyingkatan ini. Pembaca boleh menjadi salah faham dan akhirnya maklumat yang hendak disampaikan tidak sampai kepada mereka. Sepatutnya taju berita tersebut sebegini; Polis berjaya menumpaskan pencuri kereta yang cuba untuk melepaskan tembakan. Hasilnya pembaca terus dapat memahami maksud tajuk berita tersebut.

No comments:
Post a Comment