[Gambar:Google]
Pendidikan Bahasa Melayu telah memberikan saya banyak peluang untuk belajar dengan mendalam mengenai tatabahasa bahasa Melayu. Terlalu banyak untuk dihuraikan di sini. Walau bagaimanapun, baru-baru ini saya telah diperkenalkan dengan dua yang berbeza tetapi mempunyai makna yang sama. Mungkin hal ini adalah perkara biasa, kerana terdapat banyak perkataan yang sebegini. Namun, terdapat sedikit perbezaan pada dapatan ini.
Dua perkataan tersebut ialah kersang dan gersang. Kedua-dua perkataan ini membawa maksud tanah yang kering kontang, tidak lembab. Perkataan yang biasa kita gunakan untuk tanah yang kering ialah gersang. Namun, dalam bidang geografi, perkataan yang digunakan ialah kersang. Di situlah berlakunya perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut.
Dapat disimpulkan bahawa, perbezaan fonem dan fonetik bagi kedua-dua perkataan yang memiliki maksud yang sama ini hanyalah kerana perbezaan bidang penggunaannya iaitu dalam bidang geografi dan juga penggunaannya dalam percakapan biasa kita seharian. Berlakunya perbezaan ini mungkin kerana pihak-pihak tertentu ingin menunjukkan perbezaan keistimewaan bahasa dalam bidang mereka masing-masing berbanding istilah biasa yang digunakan dalam pertuturan seharian. Contoh lain yang boleh saya berikan ialah, dalam bidang sains, alatan dipanggil dengan nama khas iaitu radas.

No comments:
Post a Comment